25 September 2011

Nyermmy eat using ‘chopstick’!


Assalamualaikum,
Wahahaha..entry kali ni macam sedap je starting dia kan..hehe..tak ada pape la..saje je bikin gempak. Bukan makan benda sedap pon,makan maggi mee je..haha..yang I nk highlight kat sini ialah perkataan chopstick tu!!



Hahaha…I suka makan pakai chopstick..masalahnya ialah I tak pandai sangat..ada ke kelas belajar menggunakan chopstick?hhurm..mungkin agak keterlaluan soalan I ni.tapi kan bagos kalau ada kelas belajar menggunakan chopstick supaya semua bangsa dapat mempelajari cara-caranya yang unik tu dan bukan mudah. Masa I makan guna chopstick ni,agak kejang la jugak jari-jari ni nak bergerak. Mungkin sebab I dah lama tak gunakan chopstick. I paling tak boleh lupa masa makan kat KLCC dengan kekasih hati dan juga kawan. Kat foodcourt tu kan ada disediakan chopstick, so I pon dengan bangganya ambil la sepasang untuk I gunakan sebab I order sizzling yee mee, memang sangat sedap. Rasanya adalah dalam satu je dapat capai yee mee tu, yang selebihnya pakai garfu sebab memang susah pakai chopstick!



Psstt…selain chopstick ada lagi ke cara lain utk mkn yg unik??hehehehe..

Penulisan Pertama

Assalamualaikum...

sudah kekok tangan i untuk menulis catatan panjang seperti ini,apakan daya ilmu didada tidak cukup kuat untuk bercerita perihal2 semasa yang kebanyakan para penulis blog selalu paparkan,cukuplah catatan ini sekadar menjadi diari untuk i meluahkan segala masalah dalam hati. i bukannya sempurna namun masih punya hati dan perasaan untuk difahami. saat i tulis catatan biasa ni, akaun facebook i sudah secara rasminya ditutup. tipulah kalo i sengaja tutup dengan kerelaan hati kan,memang ada sebab lain.sedih untuk diceritakan,tapi i terpaksa. i buat demi kebaikan kekasih i dan i juga. kami selalu bertengkar pasal benda kecik ni menjadikan i menjadi bertambah emosional setiap kali kami keluar bercinta. apa salahnya i menggunakan facebook hanya untuk berhubung dengan rakan-rakan sekuliah dan tempat kerja. tanpa banyak soal, i terus tutup akaun facebook. sudah penat rasanya memendam rasa. biarlah dengan ketiadaan akaun fb ni blh menjadikan hubungan kami pulih seperti dulu.



AminYa Rabbal Alamin....